lirik-lagu-wings-sayap-ilusi
Lirik Lagu / Lyrics
Wings - "Sayap Ilusi"

Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya.

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu.

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya.

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati.

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya.

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya.

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati.

MUSIC VIDEO Wings - Sayap Ilusi